Bioworld Growth sedang membuka peluang untuk mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi dalam mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar secara usahasama.
Anda boleh ” Clik” pada item ”POTENTIAL INVESMENT” dan sekiranya berminat boleh menghubungi admin untuk penjelasan dan keterangan lanjut.
Seperti sedia maklum kini Bioworld telah beroperasi lebih dari 3 tahun dan kini mempunyai sebanyak 450 buah sangkar. Namun bagi pasaran yang lebih luas bioworld perlu menambah bilangan sangkar kepada 1500 buah agar pembekalan lebih konsisten dan bertepatan dengan permintaan serta tidak mengalami masalah putus bekalan.
Akhirnya pihak bioworld merasakan perlunya penambahan modal dan membuka ruang bagi mana-mana pihak untuk bersama dalam perniagaan ini.
Bioworld Growth Mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi Pengedar / penjual/pemborong produk bioworld Growth yang mana telah di ketahui umum menghasilkan Ikan air tawar sangkar dan produk ikan kering Tilapia.
Pihak kami juga akan menyediakan kemudahan asas bagi mana-mana individu yang berminat untuk menjadi pengedar/penjual ikan secara runcit dan bersedia memberi latihan asas perniagaan serta akan sentiasa memantau dan memberi bimbingan sehingga perjalanan perniagaan berjalan lancar.
Kepada yang berminat boleh menghubungi admin….
Pada jam 5.30ptg, 27 Februari yang lepas, sekumpulan Guru Besar dari Majlis Guru Besar Daerah Jempol telah datang membuat lawatan ke pusat ternakan air tawar ini. Ini ekoran dari ke enakan ikan bakar dari pusat ini yang dihidangkan dalam satu majlis yang diadakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Jempol.
Tn. Hj Kamarulzaman dan En. Zulkefli melihat kegigi kolam
Lawatan yang menunjukkan sokongan terhadap usahawan bumiputra ini telah diketuai oleh Tn. Hj Kamarulzaman Othman, yang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Sembilan. Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Jelebu, En. Zulkefli Osman turut hadir.
Seminggu sebelum lawatan MGB Jempol ini, iaitu pada 24 Februari 2013, En. Nek Ezar, Ketua Unit Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan turut melawat pusat ternakan ikan air tawar ini. En. Nek Ezar dan isteri telah disambut oleh Pengurus Besar Bioworldgrowth En. Ahyaulumuddin.
En. Nek Ezar diberi penerangan oleh En. Ahyaulumuddin
Dalam lawatan ini, En. Nek Ezar yang nampaknya amat berminat dengan usaha-usaha penternakan ikan air tawar ini telah diberi penerangan dan taklimat panjang lebar sejarah penubuhan Bioworldgrowth yang pada mulanya hanya bermula dengan beberapa buah sangkar pada tahun 2009 tetapi sekarang ini telah mempunyai lebih dari 450 buah sangkar yang dipenuhi pelbagai jenis ikan seperti tilapia, patin, keli dan udang harimau.
En. Nek Ezar sempan berperahu melihat sendiri ikan yang berada di dalam sangkar dengan ditemani oleh Pengurus Besar bioworldgrowth
Bioworldgrowth sebenarnya sentiasa mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja untuk datang dan melawat pusat ternakan ikan air tawar (sangkar) ini. Bioworldgrowth juga sentiasa suka berkongsi maklumat bagaimana untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar ini. Malahan bioworldgrowth juga sedia berkongsi keuntungan dengan pelabur yang berminat.
Dari segi keuntungan, buat masa ini bioworldgrowth menjanjikan keuntungan sekurang-kurangnya 15% dari modal asal pelaburan dalam masa setahun. Pelabur boleh memilih untuk melabur 2 sangkar atau 4 sangkar atau lebih banyak sangkar mengikut kemampuan pelabur. Nilai pelaburan 1 sangkar adalah sebanyak RM2500.00 . Nilai ini adalah untuk kos satu sangkar, makanan ikan dan kos buruh untuk setahun.
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi En. Ahyau pada talian 013-2035078. Pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai promosi En. Norman pada talian 019-4268989.
Pada 20 Feb 2013 satu Lawatan Audit kementerian pertanian ke tapak Pusat Ternakan Ikan Sangkar Bioworld Growth telah di jalankan bagi memastikan projek ternakan ikan sangkar ini berjalan seperti yang dirancang.
Alhamdulillah .. pasukan pelawat amat berpuas hati dan mengkategorikan ianya sebagai salah satu projek ternakan ikan sangkar yang berjaya..
Kini Bioworldgrowth telah mempunyai sebanyak 450 buah sangkar dan 400 buah adalah sangkar yang mengandungi ikan tilapia dan selebihnya adalah ikan keli dan patin. Buat masa ini pihak kami masih kekurangan ikan keli bagi memenuhi permintaan pasaran asrama-asrama sekolah dan kedai makan. Insyaallah pihak syarikat dalam proses menambah bilangan sengkar bagi ikan keli bagi tujuan tersebut.
Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk bersama dengan syarikat serta berkongsi pandangan dan minat boleh melawat pusat ternakan dengan menghubungi pihak syarikat.
Terung Goreng berlada Ikan Masin Tilapia tidak sepopular Kailan Ikan masin tetapi bagi penggemar Sayur Terung mungkin resepi ini boleh di cuba sebagai hidangan seisi keluarga.
Bahan-bahan:;
1. 2 biji Terung Panjang
2. 1 ekor Ikan Masin Tilapia
3. 5 ulas bawang putih
4. 5 Ulas bawang kecil
5. Cili Padi mengikut citarasa
Cara-cara:;
- Goreng terung yang telah dipotong separuh masak dan tos kan
- Goreng ikan Masin Tilapia sehingga kekuningan dan angkat serta toskan
-Tumbuk Cili api, bawang putih dan bawang kecil.
- Tumbuk Pula ikan Masin tilapia yang telah digoreng tadi hingga lumat.
-Panaskan minyak dan tumis campuran cili, bawang putih dan bawang kecil yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
-Masukkan Ikan Masin Tilapia yang telah ditumbuk hancur , kacau dan biarkan hingga garing ( Jangan sampai Hangus Pulak) ,
- Akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng separuh masak dan gaul sehingga sebati. Hidangan siap untuk di makan..
Boleh di olah menggunakan sayuran lain tetapi pokoknya harus menggunakan IKAN MASIN TILAPIA BIOWORLD GROWTH….Untuk mendapatkan Ikan Masin Tilapia ini boleh menghubungi Admin…
Selamat menjamu seleraa…
Baru-baru ini Pusat ternakan telah dilawati oleh saudara Terence Thang Kim Chuan, Seorang Pengurus Teknik Aquakultur Cargill, Beliau telah diminta hadir bagi khidmat Nasihat berikutan peningkatan kadar kematian ikan di Pusat ternakan Ikan Bioworld Growth. Dianggarkan lebih 1 tan ikan mati disebabkan sejenis Virus.
Pihak pengurusan Syarikat telah sedaya upaya menangani masalah ini namun menemui kegagalan sehingga akhirnya terpaksa meminta bantuan saudara Thang mencurahkan kepakaran beliau. Alhamdulillah ianya berhasil setelah lima hari menjalankan rawatan terhadap semua ikan dikeseluruhan sangkar bilangan kematian turun mendadak dan akhirnya masalah kematian ikan dapat diatasi sepenuhnya.
Saudara Terence Thang Kim Chuan ketika menaiki Bot Fiber untuk memeriksa dan mengenalpasti punca kematian ikan
Menurut Saudara Thang, Punca kematian ikan tersebut adalah disebabkan oleh sejenis Virus atau penyakit dipanggil STREPTOCOCCOSTS dan Radang pada Insang hingga menyebabkan Insang ikan merah dan Hitam. Ianya merebak cepat sehingga boleh menyebabkan semua ikan di dalam kawasan ternakan mati.Ianya menyerang Ikan terutamanya Ikan tilapia.
Apa pun Ribuan terima kasih pada saudara Thang atas bantuan khidmat Nasihat yang diberikan. Terima kasih juga pada CARGILL…..
Kepada para penternak Tilapia yang mengalami masalah yang sama boleh menghubungi Admin bagi berkongsi cara mengatasi masalah ini.
Bioworld Growth Sdn Bhd telah mengeluarkan produk Ikan masin / Ikan kering Tilapia yang pertama di pasaran. Buat masa ini ikan kering Tilapia ini baru di pasarkan di Daerah Jempol dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Harapan kami produk ini mendapat Sambutan.
Dari segi rasanya pula ikan masin ini lebih rangup dan dan enak memandangkan ianya dari ikan segar dari Sangkar dan terus diproses sebagai ikan masin.
Kepada mana-mana individu yang berminat untuk jadi pengedar ikan masin ini boleh menghubungi kami di :-
Pusat Jualan dan Pentadbiran,
Bioworld Growth sdn Bhd,
No 280 Jalan Serting utama 7,
Pusat Perniagaan Jempol,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Tel / fax :06-4584819
Tempat Jemuran Ikan Masin/ikan tilapia
Ikan lebih bersih dan terlindung dari lalat dan serangga perosak lain
Ikan masin/ikan kering yang telah dibungkus.
Salam kepada pengunjung Blog Bioworld Growth Dot Com
Kita semua (khususnya) yang beragama Islam, baru beberapa hari menyambut kehadiran Aidil Adha atau Perayaan Hari Raya Kurban. Rasanya masih belum terlambat untuk pengurusan Bioworldgrowth untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Di samping komitment berterusan Bioworld Growth menyediakan perkhidmatan bekalan ikan air tawar seperti Talapia, patin, keli, harwan ubi dan baru-baru ini cubaan penternakan udang harimau sangkar dan yang paling terbaru adalah ternakan siakap sangkar air tawar, Bioworldgrowth juga tidak lupa dengan pelbagai perkongsian resepi berasaskan ternakan sangkar Bioworldgrowth.
Dua bulan lepas, pihak pengurusan Bioworld Growth Dot Com pernah mengkongsikan Resepi istimewa Sate Keli Bioworldgrowth. Di musim perayaan minggu lepas, kaum keluarga Bioworld Growth telah membuat Sate Keli Spesial Bioworldgrowth pada malam kedua perayaan. Aduh enak sungguh. Lazatnya sehingga hari ini masih terasa. Untuk memudahkan pengunjung blog agar tidak perlu scroll down untuk mencari bahan resepi tersebut, melalui posting kali ini, admin sertakan sekali lagi bahan-bahan untuk membuat sate tersebut seperti berikut:
- 6 kilo ikan keli siap dibersihkan
- 250 g bawang merah
- 150 g bawang putih
- 10 batang serai
- 2 bungkus jintan putih
- 2 bungkus jintan manis
- 1 bungkus ketumbar
- 100 g lengkuas
- 200 gram serbuk cili merah
- Serbuk kunyit secukupnya
- Semangkuk Madu Asli
- 1/2 mangkuk gula pasir (jika perlu)
- Sedikit garam
Kesemua bawang merah, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan lengkuas diblender halus. Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan di atas dengan ikan keli yang telah siap disiang (dibersihkan). Perapkan ikan keli dan bahan rempah dalam bekas tertutup selama 2 jam sebelum dibakar di atas pembakar.
ikan keli yang digaul rempah setelah diperap sedia untuk dibakar.
Sebelum dibakar, ikan keli dibalut dengan daun pisang untuk mengelakkan dari terbakar hangus. Jika tuan boleh mengawal bara api, ikan keli tidak perlu dibalut dengan daun pisang.
daun pisang dipotong seperti saiz untuk pembungkus lepat ubi atau pisang
ikan keli dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus lepat ubi atau pisang
Setelah dibalut dengan daun pisang, barulah ikan keli dibakar.
Setelah daun pisang kelihatan terbakar, bermakna sate ikan keli telah siap untuk dihidangkan. Untuk makluman pengunjung blog yang dirahmati, tuan/puan boleh menggunakan perencah yang digunakan untuk digaulkan dengan ayam atau ikan keli untuk digoreng. Wah duh… sungguh enak. Cubalah resepi ini. Tuan/puan akan mengucapkan terima kasih ke Bioworldgrowth setelah mencubanya. Terima kasih. Selamat mencuba.
16 OKTOBER 2012.. merupakan satu lagi projek percubaan ternakan ikan SIAKAP secara sangkar di dalam kawasan air tawar.
Bioworld Growth secara lebih berani untuk mencuba ternak ikan SIAKAP secara sangkar di pusat ternakan ikan air tawar Sungai Lui. Buat percubaan pertama di lepaskan Anak Ikan SIAKAP sebanyak 500 ekor didalam salah satu sangkar. Ini adalah percubaan pertama seumpama ini dilakukan di negeri ini dan mungkin juga yang pertama dilakukan di Negara kita. Sekiranya ianya berjaya satu lembaran baru bagi penternak ikan SIAKAP yang biasa diternak dikawasan air masin/payau.
Sebagai makluman , Ikan SIAKAP ini adalah spesis ikan air masin yang mana selama ini diternak di kawasan air masin/Payau. Namun teknologi terkini hasil kajian Pusat Penyelidikan Ikan Gelang Patah , Johor telah berjaya mengasuh anak SIAKAP untuk hidup di persekitaran air Tawar.Namun ternakan secara komersial belum dilakukan. Oleh itu Pihak Syarikat Bioworld Growth dengan usaha sama dan bimbingan pusat Penyelidikan ikan Gelami Lemi, Jelebu telah mengorak langkah proaktif bagi mengkomersialkan ternakan ikan SIAKAP ini.
Dari segi makanan pula ikan SIAKAP ini hanya makan makanan(palet) khas kerana ikan SIAKAP ini tidak sesuai makan makanan(palet) ikan air tawar biasa kerana makanan tersebut mengandungi Fiber yang tidak sesuai untuk mana-mana ikan air masin.Selain dari itu ikan ini adalah ikan jenis karnivor yang makan anak-anak ikan yang lebih kecil.Oleh itu Pihak Syarikat menyediakan makanan khas bagi ikan tersebut dan menggunakan kreativiti alternatif sebagai sumber makanan ikan tersebut. untuk maklumat lanjut berkaitan Ternakan SIAKAP ini boleh menghubungi pengurusan Bioworlgrowth secara terus.
Harapan kami agar projek rintis ini membuahkan hasil dan ianya boleh memberi manfaat kepada penternak ikan secara amnya. Pihak kami sedia berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan ternakan ini dengan mana-mana pihak demi perkembangan teknologi baru ternakan ikan sangkar khususnya di negara ini.
Pengarah Operasi Syarikat di hadapan Pusat Penyelidikan Ikan Gelang Patah
Bersantai sementara menunggu Anak Ikan disiapkan
Proses memasukkan Oksigen ke dalam Bungkusan anak ikan
Anak ikan siap untuk dibawa pulang ke Pusat ternakan ikan Bioworldgrowth
Memasukkan anak ikan ke dalam kenderaan untuk di bawa pulang ke pusat ternakan ikan Bioworldgrowth
Proses Melepaskan anak ikan ke sangkar diwaktu malam agar suhu yang sejuk lebih membuatkan ikan selesa dan memastikan ikan lebih segar
Pada Khamis 11 November lepas satu rombongan dari PKNNS seramai 6 orang pegawai telah melawat tapak ternakan ikan Bioworldgrowth. Antara tujuan lawatan adalah untuk memantau dan melihat perkembangan projek ternakan yang diusahakan oleh Bioworlgrowth.
Menurut pewai-pegawai yang hadir, mereka amat berpuas hati dengan kemajuan dan perkembangan Bioworldgrowth dan percaya projek ternakan ikan sangkar ini mempunyai potensi masa hadapan yang amat baik untuk terus berkembang. Kesemua pegawai yang hadir telah menghabiskan masa dalam 3 jam untuk meneliti dan memeriksa banyak aspek ke atas projek ternakan ikan sangkar yang julung-julung kalinya diusahakan di atas tapak lombong terbiar di Negeri Sembilan khususnya.
Di akhir lawatan, jurucakap kepada kumpulan pelawat PKNNS tersebut telah berjanji akan datang semula ke tapak projek ternakan ikan sangkar dalam masa terdekat ini untuk membawa berita yang mungkin membantu perkembangan projek ini.
Terima kasih atas lawatan dan sokongan Para Pegawai dari PKNNS. Segala khidmat nasihat dan tunjuk ajar serta sokongan dari PKNNS , pihak kami amat berterima kasih…..
Rombongan PKNNS bersama Pengarah Urusan Syarikat




















Komen Terkini